FOLLOW ME

MAJLIS ANUGERAH DEKAN




salam.

Tu tajuk nak eksyen ja. Ni serious. Dahla jarang-jarang boleh dapat pun. Sekali dapat tu haruslah masuk dalam blog. 4 semester belajar baru 3 kali dapat anugerah. Memang babai la nak dapat ANC. eh tapi takpa aku redha *lap air mata*





Anyway aku tak ingat pun bila majlis ni. rRasanya minggu ketiga. tapi yang pasti hari Jumaat la. kejap lagi dah halfway kalau aku ingat aku bagitau la. kalau aku ingat la. Jngan expect lebih-lebih okay. Before nak pi event tu memang aku kosongkan gila perut aku kot. Kononnya nak makan situ puas-puas. Event start pukul 3 sebab tunggu students lelaki dulu kan habis solat so bolehla aku berlenggang kangkong bersiap. boleh la nak rasa tempek foundation sikit, lipstick skit. ok that's it. so aku habis bersiap semua around 2.30 pm then terus gerak pi tempat tu. Excited sangat kan pi awal merasa la langut sampai berjanggut kat situ.

terima kasih untuk filter terhebat


ni time dalam kereta. so housemates aku 4 orang yang join events ni. merasa la sorang sikit.  lepas tu pi daftar dia cakap aku number 9. aku redo okay. macam biasa la start event menyanyi lagu negaraku dengan lagu wawasan setia warga UITM. come on UITM kot, mana bleh lari dengan lagu tu kan. lepas tu ada ucapan dari dekan dengan sapa lagi entah. sorry i couldn't remember. ni la sebab orang kata jangan dok peram cerita lama-lama.

lepas habis semua ucapan tu, commitees memamg dah panggil untuk line up dah. start ja dari situ memang aku dok berdoa ja jangan la jadi benda pelik-pelik kat aku. kalau la nak jadi cerita tiba-tiba aku terjatuh depan tu, memang aku takkan join semua event uitm. tak tau la penyakit apa entah suka jatuh. time aku kena naik stage tu rasana macam tak dak gambar. eeei nanti kalau ada aku letak. malas nak cari. lol. seriuosly entry ni dah lama aku buat. dari awal sem lagi kot. sekarang ni nak update pun aku dah tak ingat sequences dah. tengok je la gambar. nanti ada apa aku nak selit, aku tulis la nanti.



susah payah sepanjang satu sem hanya dibayar dengan seketul bunga ros. tulis macam ni sat lagi orang dok kata tak tau bersyukur pulak. dakkkkk kami bersyukur tapi bagi la dua ketoi.


tengah seronok bergambar terjumpa miss farah pulak. nasib baik tau miss bagi A sem ni.


Tuhan ja yang tau betapa berpeluhnya waktu ni. dengan panas terik tetap gigih nak ambik gambar. alasan depa bukan selalu nak join majlis ni. suka sangat menipu, setiap sem depa join. muka aku yang jarang-jarang join.


demi sekeping gambar, telah ku rembat belon-belon prop event. maafkanlah diriku ini memandangkan begitu jarang sekali dapat dekan.


 maaf belum bersedia untuk sekeping gambar.


 ohh tidak lupa juga kepada lelaki ini. kerana beliau terselit juga gambar aku dalam student's society club. tidak sia-sia berkawan bersama beliau. inilah kebaikannya. gambar orang lain takdak tapi muncul seketul gambar sendiri. jangan lupa semua movie-movie yang telah dipesan sesungguhnya dialah pen-download movie paling tegar.


ya itulah diriku. bukan seketul besen. maafkan lemak-lemak ni. sukar dikawal walaupun dipujuk berkali-kali.


jika boleh diukur isipadu peluh ketika ini, nescaya ia menyamai bilangan isipadu hujan di negeri perak. silakan semak semula buku geografi.


Perkara yang paling menyedihkan sepanjang program ni ialah makanan. spaghetti bologneese cair berserta nuget-nuget keras. lupakah mereka bukan semua pelajar mempunyai gigi yang cantik lantas harus menggunakan khidmat braces? betapa azabnya diriku demi mengisi perut ini. Sudahlah. aku hampir ketandusan perkataan. till my next entry.


much love,
 wawa