FOLLOW ME

#perangmelawanmitosGPMS



Salam..


 ya ya tahu lama tak update. Hari tu aku ada janji cakap nak update pasal course yang aku ambil dengan around universiti aku kan. Tapi sumpah tak tahan. Kena update yang ni dulu. Hari jumaat lepas, GPMS UITM S3 ada buat program #perangmelawanmitos. So kalau hampa memang aktif kat titter memang akan kenal la kan dr khairul hafiz. dia ni pengasas medtweet.my

So kalau dah dr khairul hafiz dengan dr mahyudin mai, confirm la abang beni iolls pun mai sekali * lompat tinggi langit* . Cakap pasal dr beni, ada orang macam pertikai kenapa aku obses dengan dia. Eh hello aku nak minat orang pun tak boleh ke ? Plus aku kenal dia dah bertahun-tahun kot. Tapi kenal tu bukan bermaksud pi lepak rumah dia makan sekali semua tu. Aku kenal dia dari zaman dia jadi blogger lagi. Semua pasal dia aku tau. So conclusion dia kat sini aku bukan minat dia sebab dia tiba-tiba famous. aku memang dah lama minat dia okay!.

Okay back to our topic. Aku dapat tau ja dia nak mai seremban, Aku sanggup kot korbankan masa tidur aku. Jarang kot jumaat petang aku tak tidur plus pukul 6 hari jumaat tu baru habis test. Kelam kabut aku solat mandi semua tu semata-mata nak pi jaga tempat kat dewan. Konon nak duduk depan. sekali sampai kat dewan tempat depan dah full. Pecut aku lari pi jaga tempat kat belakang. Nasib baik fira ada. Dia punya tahap obses kat dr beni pun boleh tahan. Plan asal nak jaga tempat then nak keluar makan kejap. Tapi macam dah tak sempat sebab orang lagi ramai nak masuk dewan and panel semua lagi 15 minit dah nak masuk dewan. Waktu tu perut lapar tak payah cakaplah. tapi demi dr beni kugagahkan jua*lengan sado* Once dia dah start  masuk dewan tu, Semua orang macam menjerit-jerit kot tengok dia. aku jerit halus je. boleh bayang tak orang yang hang dah lama minat tiba-tiba ada depan mata.

Tahu tak sepanjang program tu aku asyik senyum ja. mata aku tak lepas kot dari tengok dia. so content talk tu aku malas nak ulas lebih-lebih sebab basically sama ja macam yang orang selalu tanya dalam twitter tu. Nak tau pi follow depa sendiri. Tapi apa yang aku boleh conclude kat sini jangan cepat judge orang. seriously aku ingat dr beni tu jenis yang cold, susah nak approach and dia cuma layan tweet ilmiah ja kat twitter. compared to dr khairul hafiz, dia ni jenis yang suka hiburkan orang kat twitter plus mudah terhibur jugak. Once aku dah dengar talk dari dr beni ni baru aku tahu perangai dia. maybe sebab komitmen kerja so dia just layan tweet yang ilmiah ja. who knows right? eh tapi tak kisahlah. tetap je aku suka. time dia tegas pun aku dah suka, apatah lagi bila tau perangai betul. ya ya entry ni bias sikit.

Aku sanggup okay tunggu sampai pukul 12 lebih semata-mata nak ambik gambar dengan sign dia ja and of course aku bagitau dia aku baca blog dia *flip hair*
Banyak je sebenarnya nak tulis tapi petang kejap lagi ada kelas. Haruslah aku berehat. ada je gambar yang aku nak letak tapi entah kenapa tak boleh  upload. ke aku yang tak reti nak buat dah????




ehh tiba-tiba dah boleh.


apeni malu-malu? tengok sini cepat !!

nikmat apa yang aku dapat ni?
semua doktor yang datang haritu.

eh dah la tak larat nak taip. nak tengok banyak gambar pi buka twitter aku.

bye!